Pages

Tuesday, 17 September 2013

Puding Caramel Sedap

Asslamualaikum...

Cuti @ wekend keje aku adalah masak...hmm kali ni nak cite pasal puding gula hangus plak..resepi ni aku salin dari blog k.nor.Korang bolek klik SINI untuk ke blog K.Nor tau. Puding ni memang aku suka sangat..Time bln pose lg meleleh tgk puding ni...

PUDING KARAMEL SEDAP
 
Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair (aku guna susu sjat Ideal)
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara:

Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Nanti akan jadi macamni.....


Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.

 Inilah hasil campuran semua bahan tadi..

Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)- aku kukus je senang..
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.












 Tadaaaa...Inilah puding karamel aku yang sedap..Mesti cuba tau..confirm puas ati..



# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.



\

1 comment:

Sila tinggalkan komen anda..