Pages

Monday, 14 October 2013

Kek Marble Kukus Yang Gebu

Assalamualaikum..

Entri kali ni pasal kek marble plak...resepi kek yang simple tapi sedap..ni adalah antara resepi kek kukus yg aku suka..jom layan resepi ni..

Bahan bahan:
8 oz/227gm mentega 6 oz/170gm tepung gandum 6 oz/170gm gula kaster 5 biji telur dari fridge 3 sb susu pekat 1 sk baking powder 1 sk esen vanilla 1 sb ovalette (aku tk guna pun) 3-4 sudu makan serbuk koko -diayak


Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

 

Tuang adunan ke dalam loyang secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.

Kukus selama 50 minit atau sehingga masak. . 
Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega
  
 Inilah hasilnya..
 
 
Selamat Mencuba!!!

Sunday, 29 September 2013

Kek Coklat Moist Kukus Yang Meleleh - Leleh...

Assalamualaikum..

Demi untuk menghabiskan 2 tin butter yg en.suami belikan, aku cuba buat kek coklat plak..slama ni aku ingatkan buat kek ni susah..sbenarnya senang je adik kakak oii..google jer..mcm2 resepi kek coklat keluar..pastu korang pegi la beli bahan2 yg diperlukan...

Resepi ni sgt mudah dan hasilnya memang moist n gebu sgt.. Timekasih dekat tuan punya blog NI untuk resepi yang sedap ni..

Bahan - bahan..
4 biji telur
1 tin susu sejat Ideal
1 sudu teh coklat emulco ( tak de pun tak per..)
1 1/2 butter ( 250gm + 125gm)
2 cawan gula kastor
1 cawan serbuk koko (di ayak)
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sudu teh baking powder (di ayak)
1 sudu teh soda bikarbonat (di ayak)
Sedikit esen vanilla

Cara - caranya adalah:

Panaskan butter menggunakan api sederhana. Pastu masukkan susu cair, kacau sebati..
Masukkan gula plak..kacau sebati, masukkan coklat emulco n esen vanilla...tutup api, biarkan kejap..





Sementara tu, dlm bekas lain plak, pukul telur ayam guna whisker je..pukul agak2 kembang je..

Kemudian tuang sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi..Kacau sebati..

Pastu masukkan bhn2 yg telah di ayak (tepung gandum,serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat).
Masukkan sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati..

Masukkan dalam loyang..agak2 separuh loyang je tau nanti  kek ni akan naik tinggi.. sblm tu griskan dulu loyang dengan butter..

Tutup loyang dengan aluminium foil untuk elak kek terkena titisan air dari pengukus..Kukus kek sampai masak..40-50 min api sederhana..

Bahan2 coklat ganache
300gm coklat masakan
150ml whipping cream
1 susu besar butter

- Cairkan coklat guna kaedah double boiler.. pastu masukkan butter..Kacau sebati..
Pastu baru masukkan whipping cream..
Dah siapp..boleh tuang atas kek..

Ni adalah separuh daripada bahan2 yang digunakan..aku tk nk buat byk2 sbb yg telan nya aku n encem boy aku jer..en.suami tk suka manis2 ni..

Siap untuk dimakan..

Selamat Mencuba!!!

Tuesday, 17 September 2013

Anak Ibu Yang Ceria

Alhamdulillah..anak2 ibu makin sehat setelah 2 minggu demam maraton..anak ceria ibu gembira..

Tidur lah wahai anak2ku supaya ibu pun boleh sama lelapkan mata.,hanya Allah yang tahu betapa penatnya menjaga anak demam..ibu2 diluar sana pun rasa macamana aku rasa..itulah tanggungjawab ibu..susah senang,suka duka anak adalah segalqnya..


Moga anak2 ibu akan kenang jasa kedua org tuanya bila dah besar nanti..

Puding Caramel Sedap

Asslamualaikum...

Cuti @ wekend keje aku adalah masak...hmm kali ni nak cite pasal puding gula hangus plak..resepi ni aku salin dari blog k.nor.Korang bolek klik SINI untuk ke blog K.Nor tau. Puding ni memang aku suka sangat..Time bln pose lg meleleh tgk puding ni...

PUDING KARAMEL SEDAP
 
Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair (aku guna susu sjat Ideal)
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara:

Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Nanti akan jadi macamni.....


Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.

 Inilah hasil campuran semua bahan tadi..

Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)- aku kukus je senang..
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.












 Tadaaaa...Inilah puding karamel aku yang sedap..Mesti cuba tau..confirm puas ati..



# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.



\

Saturday, 31 August 2013

Cinta Hati

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum..

Buat pertama kali menulis blog ni, aku nak kongsikan serba sedikit kisah kehidupan yang sangat indah.Walaupun kami hidup dalam keluarga yang sederhana atau boleh dikatakan susah jugak la..

Dulu semasa kecil,kami adik beradik selalu ke tempat ayah dan mak tanam tembakau. Pagi pegi sekolah, petang tolong mak dan ayah. Tapi masa bermain tetap ada untuk kami walaupun penat menolong mak ayah. Maklumlah masa tu kan budak2 lg..

Alhamdulillah, walaupun kehidupan kami tak sekaya orang lain, mak ayah mampu didik kami sampai ke universiti. Dah masuk U ni, azam aku satu je nak abiskan blaja dalam masa yang ditetapkan (4 thn) dan of course nak bantu mak ayah bila dah keje.

Sekarang dah hampir 6 thn keje, walaupun tak keje Gomen yang selalu orang tua2 duk bangga tu kan, aku rasa aku dah cukup banggakan org tua aku keje jadi Engineer ni. Tempoh 6 thn keje ni, belum cukup lagi aku balas kesemua jasa mak ayah..Moga aku sentiasa kenang jasa mak ayah sampai aku mati.. 

Bukan setakat jadi anak kpd mak ayah,aku skg dah hampir 5 tahun bergelar isteri buat en.suami dan ibu kepada 3 cahaya mata. 

Hihihi..ni la en.suami aku.. gambar awal2 kawin dulu. Anak pun tkde lagi..


Pada 15.02.2010..kami dikurniakan seorang putra..masa tu happy sangat jadi ibu..maklum ler first time..
Ini la putra kesayangan kami di beri nama Mohammad Faris Danial bim Mohd Zulhilham Fikri.. Gamba ni waktu kat hospital,masih belum dimandikan..

Pada 02.02.2012, aku selamat melahirkan cahaya mata kembar perempuan..Alhamdulillah, sepanjang tempoh hamil aku tiada alahan. Semua nya OK. Orang selalu cakap kalau pregnant twin ni akan lahir tak cukup bulan, kadang2 baby ada problem..Tapi macam yang mak aku selalu cakap, jangan difikir sangat apa yang orang cakap..Sekarang aku dah selamat lahirkan 2 baby perempuan yang sihat dan bertambah nakal  bila dah besar ni..2 putri ni kami namakan Dian Qaireen dan Dhia Qaireena..
 

Ok Sampai sini je untuk n3 kali ni.. nanti aku nk cita pasal main masak2 plak..

Terimakasih sudi singgah blog ni..

Saturday, 24 August 2013

Tudung Terkini Untuk ke Rumah Terbuka Raya

Salam perkenalan..Selamat Hari Raya..

Masih tercari-cari tudung untuk digayakan ke rumah terbuka? Hrmm..biasala tu perempuan kan..mesti nk glamour je..i pn sama je..k la..sebelum melalut,korang layan la pic tudung kat bawah ni ek..kalau berkenan boleh la order..tapi stok terhad je..sape cepat dia dapat..

Kod 01A, Harga RM55.00 , free postage

                  


 Kod 01B, Harga RM 55.00 , free  postage

                               


Kod 01C, Harga RM 55.00 free postage




 Kod 01D, Harga RM 55.00 free postage




                                                       Kod 01E, Harga RM 55.00 free postage

                                                      Kod 01F, Harga RM 55.00 free postage






                                                       Kod 02A, Harga RM 65.00 free postage



                                                    Kod 02B, Harga RM 65.00 free postage


Kod 02C, Harga RM 65.00 free postage




Untuk sesiapa yang berminat dengan tudung di atas boleh la sms saya o17-6140144 atau emel ke rosnimn84@gmail.com untuk tawaran harga yang lebih rendah. Stok terhad je tau. Dah tak banyak colour.