Buat pertama kali menulis blog ni, aku nak kongsikan serba sedikit kisah kehidupan yang sangat indah.Walaupun kami hidup dalam keluarga yang sederhana atau boleh dikatakan susah jugak la..
Dulu semasa kecil,kami adik beradik selalu ke tempat ayah dan mak tanam tembakau. Pagi pegi sekolah, petang tolong mak dan ayah. Tapi masa bermain tetap ada untuk kami walaupun penat menolong mak ayah. Maklumlah masa tu kan budak2 lg..
Alhamdulillah, walaupun kehidupan kami tak sekaya orang lain, mak ayah mampu didik kami sampai ke universiti. Dah masuk U ni, azam aku satu je nak abiskan blaja dalam masa yang ditetapkan (4 thn) dan of course nak bantu mak ayah bila dah keje.
Sekarang dah hampir 6 thn keje, walaupun tak keje Gomen yang selalu orang tua2 duk bangga tu kan, aku rasa aku dah cukup banggakan org tua aku keje jadi Engineer ni. Tempoh 6 thn keje ni, belum cukup lagi aku balas kesemua jasa mak ayah..Moga aku sentiasa kenang jasa mak ayah sampai aku mati..
Bukan setakat jadi anak kpd mak ayah,aku skg dah hampir 5 tahun bergelar isteri buat en.suami dan ibu kepada 3 cahaya mata.
Hihihi..ni la en.suami aku.. gambar awal2 kawin dulu. Anak pun tkde lagi..
Pada 15.02.2010..kami dikurniakan seorang putra..masa tu happy sangat jadi ibu..maklum ler first time..
Ini la putra kesayangan kami di beri nama Mohammad Faris Danial bim Mohd Zulhilham Fikri.. Gamba ni waktu kat hospital,masih belum dimandikan..
Pada 02.02.2012, aku selamat melahirkan cahaya mata kembar perempuan..Alhamdulillah, sepanjang tempoh hamil aku tiada alahan. Semua nya OK. Orang selalu cakap kalau pregnant twin ni akan lahir tak cukup bulan, kadang2 baby ada problem..Tapi macam yang mak aku selalu cakap, jangan difikir sangat apa yang orang cakap..Sekarang aku dah selamat lahirkan 2 baby perempuan yang sihat dan bertambah nakal bila dah besar ni..2 putri ni kami namakan Dian Qaireen dan Dhia Qaireena..
Ok Sampai sini je untuk n3 kali ni.. nanti aku nk cita pasal main masak2 plak..
Terimakasih sudi singgah blog ni..


























