Pages

Monday 14 October 2013

Kek Marble Kukus Yang Gebu

Assalamualaikum..

Entri kali ni pasal kek marble plak...resepi kek yang simple tapi sedap..ni adalah antara resepi kek kukus yg aku suka..jom layan resepi ni..

Bahan bahan:
8 oz/227gm mentega 6 oz/170gm tepung gandum 6 oz/170gm gula kaster 5 biji telur dari fridge 3 sb susu pekat 1 sk baking powder 1 sk esen vanilla 1 sb ovalette (aku tk guna pun) 3-4 sudu makan serbuk koko -diayak


Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

 

Tuang adunan ke dalam loyang secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.

Kukus selama 50 minit atau sehingga masak. . 
Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega
  
 Inilah hasilnya..
 
 
Selamat Mencuba!!!